Friday, September 20, 2013

Selamat Hari Malaysia!

Medan Selera Brinchang, Cameron...

Happy Birthday Abangah!

Happy Birthday Abangah... tapi Munaqqib yang sibuk nak potong kek...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memanjangkan umur kami sekeluarga, untuk sama-sama menyambut hari jadi Abangah yang kelapan, 17 Ogos 2013. Hari jadinya hampir sama dengan hari jadi ayah dan opah. Tahniah Abangah, moga menjadi anak yang soleh, kebanggaan mama dan ayah....

Bye-bye Kak Siti....

Kak Siti dan suaminya, Abang Rudi sebelum menuju ke Muar...

Siti Patonah yang berasal dari Riau telah berada dengan kami semenjak Afiah berumur lebih kurang setahun lebih. Sekarang, Afiah sudah pun berada dalam darjah Tiga. Maknanya sudah hampir 8 tahun beliau menjadi pembantu rumah kami, bermula dengan Afiah, Munqiz, Afwah dan Munaqqib. Kini, selepas setahun lebih berkahwin, tibalah masanya untuk pulang semula ke Riau, melahirkan anak sulungnya di sana. Terima kasih tidak terhingga dari kami sekeluarga atas bantuannya menjaga anak-anak kami. 

Thursday, September 5, 2013

Ustaz Zamri Abdul Karim Dalam Kenangan...

Add caption
23 Jun 2013, Ahad petang, saya beserta mak dan ayah berkesempatan menziarahi Ustaz Zamri Abdul Karim di Hospital Ipoh. Kami tiba di sana sekitar jam 6 petang. Beliau yang ditempatkan di wad 5B, masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sambil dikelilingi anak-anak, cucu-cucu dan isteri yang setia menjaganya, terdapat juga beberapa rakan-rakan beliau yang turut menziarahinya. Beliau yang sudah terlantar di sana hampir 2 minggu, masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri semenjak dimasukkan ke sana.

Friday, May 31, 2013

Tahniah Abidah dan Suhaili!

Selepas upacara akad nikah di Masjid UKM... Bersama keluarga Mak Andak.
Pada 25 Mei 2013, alhamdulillah kami sekeluarga sempat menghadiri 2 majlis pernikahan. Pernikahan pertama telah dilangsungkan di Masjid UKM pada jam 9 pagi. Dr Suhaili Naim, anak sulung kepada Mak Andak dan Pak Andak telah selamat diijabkabul dengan pasangannya yang berasal dari Negeri Sembilan. Perjalanan kami ke sana telah dimulakan sehari lebih awal iaitu pada 24 Mei, Jumaat. Kebetulan hari Jumaat ialah hari cuti awam sempena Hari Wesak. 

Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Ibu...

Munaqqib tolong Opah siram pokok bunga...

"Ayah nak pergi mana?" soal Munaqqib. Umurnya sudah pun 3 tahun.

Setiap kali ayah bersiap-siap nak keluar, itulah soalan yang akan diajukan.

"Ayah nak keluar jap, nak beli barang..." jawab saya.

"Ayah, nak itut, nak itut!" Munaqqib merayu-rayu untuk mengikut saya.

Tuesday, April 23, 2013

Kenangan di Itali 2012... Part 5

12 April 2012 (Khamis)
Sedang menunggu feri di Pulau Venice...

Kami sudah berjaya menyelesaikan urusan pembelian tiket di Stesen Keretapi Mestre. Sekarang ialah masa untuk menuju ke Pulau Venice! Sebaik keluar sahaja dari stesen, terdapat bas yang sudah menunggu untuk ke Pulau Venice. Seperti biasa, kami terpaksa membeli tiket 1.50 euro untuk seorang terlebih dahulu sebelum menaiki bas. Sebaik menaiki bas, tiket itu akan di scan di mesin yang disediakan.

Feri yang mengangkut penumpang di Pulau Venice...

Sunday, April 14, 2013

Kenangan di Itali 2012, Part 4

12th April 2012 (Khamis)

NH Laguna ke Stazione Di Venezia Mestre

Selepas menunaikan solat subuh berjamaah, kami bersiap-siap untuk bersarapan dengan bekalan yang dibawa dari Malaysia. Sambil-sambil bersarapan, kami sempat menonton video "Dalam Mihrab Cinta" melalui laptop. Jalan ceritanya agak menarik. Inilah kali pertama saya menonton video ini kerana di rumah, kebiasaannya sukar untuk mencari masa kosong selama hampir 2 jam semata-mata untuk menonton video.
Di hadapan hotel, pagi yang masih dingin...

Wednesday, March 27, 2013

Kenangan di Itali, 2012... Part 3

11th April 2012 (Rabu)

Selesai sahaja solat Subuh berjamaah, kami terus bersarapan di dalam bilik hotel. Masih terdapat Kebab semalam yang tidak dihabiskan ditambah dengan Campbell Mushroom Soup. Masalahnya, bilik kami tidak terdapat sebarang gelas atau cawan. Sangat aneh, macamana hotel sebegini moden tidak meletakkan gelas dalam biliknya? Tak mengapa kami masih mempunyai beberapa peralatan yang boleh ditukar menjadi cawan...

Semasa isteri menyiapkan sarapan, saya sempat membuka laptop dan bersedia dengan pembentangan kertas kerja. Semuanya telah disiapkan sebelum saya tiba di Itali, hanya sekadar menyemak sebarang kekurangan yang ada. Sempat juga berlatih untuk pembentangan sambil dikritik hebat oleh isteri saya yang setia menjadi pendengar. Terima kasih diucapkan, saya sudah bersedia!
Di lobi hotel...

Monday, March 25, 2013

Kenangan di Itali, 2012... Part 2

10th April 2012:

Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Marco Polo, Venice lebih kurang jam 2:30 pm. Lapangan terbangnya tidaklah terlampau besar, namun cukup untuk menampung jumlah kapal terbang pelancong yang agak banyak. Rasa-rasanya, lebih kurang besar LCCT. Lapangan terbang ini tidak terletak di kepulauan Venice, ia masih sebahagian dari tanah besar Itali.
Selamat Datang!

Urusan di kaunter imigresen berjalan lancar. "Bon gior noh" atau selamat pagi merupakan ungkapan yang sempat saya hafal sebelum sampai ke sini, namun masalahnya sekarang bukan waktu pagi! Sepatutnya saya perlu menghafal beberapa perkataan mudah sebelum tiba di kaunter imigresen. Orang Itali pun bukan semuanya boleh berbahasa Inggeris dengan baik. 

Friday, March 15, 2013

Kenangan di Itali, 2012... Part 1


10th April 2012:
A) Kuala Lumpur to B) Doha and to C) Venice!
Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi Allah yang telah mengizinkan kami berdua untuk mengembara menuju ke Venice, Italy!  Kertas kerja saya telah diterima untuk pembentangan  di satu seminar yang bertajuk "International Conference on Social Sciences 2012". Seminar yang bermula pada 11-13 April berlangsung di Venice, Italy. Saya beserta isteri belum pernah menjejakkan kaki kami lagi di bumi Italy, dan ini merupakan pengalaman pertama kami berada di sana. Sudah terbayang suasana romantik di kepulauan Venice, haruman bunga-bungaan beserta suasana klasik zaman renaissance. Welcome to Venezie...
Flight ticket to Venezie...


Tuesday, March 12, 2013

Tahniah untuk Atan dan Azura...

Bergambar bersama pengantin di Dewan Jugra

Sekali lagi, kembara kami menuju ke Shah Alam menelusuri lebuh raya menggunakan bas. Ayah dan Munaqqib bertolak dari Ipoh jam 9:45 pagi. Kak Yong, Abangah dan Afwah yang bersekolah hari ini tidak turut serta. Mereka akan ikut opah esok ke Banting. 

Thursday, March 7, 2013

Selamat Hari Jadi Munaqqib & Afwah!

Munaqqib dan Afwah sedang main basikal di depan rumah...

"Ayah nak gi ane?" soal Munaqqib setiap kali nampak ayah sedang bersiap-siap untuk keluar.
"Ayah nak bawa Munaqqib jalan-jalan la..." jawab saya.
"Ayah nak bawa Aqib jalan-jalan ye?" tanya Munaqqib lagi disulami dengan pelatnya. Dia memang suka masuk dan main dalam bilik ayah.

Sunday, February 24, 2013

Berjalan-jalan ke Kenduri...

Afif, Munaqqib, Irfan, Quddus dan Abangah di Masjid selepas akad nikah

Bermula dengan 10 Februari 2013, sempena dengan cuti Tahun Baru Cina, kami bertolak dari rumah baba dan mama menghadiri kenduri Nasim, anak Pak Long, di Benut, Pontian. Kenduri yang diadakan di rumah pengantin perempuan telah selamat diadakan dan dituruti pula kenduri di rumah Pak Long di Shah Alam pada minggu berikutnya.


16 Feb. 2013: Afiah, Abangah, Afwah, Munaqqib & Ayah menaiki bas dari Ipoh ke Shah Alam...

Saturday, February 16, 2013

Abangah Patah Tangan...

Tangan Abangah patah... Dua-dua tulang sekali....
Tarikh 23 Disember 2012 bersamaan hari Ahad merupakan tarikh penting yang pasti menjadi ingatan untuk Abangah. Sebelah paginya, Abangah adik beradik aktif berlari ke sana sini di Taman Tasik Botani dengan 2 orang anak Ruqaiyyah dan Izzat yang kebetulan bermalam di Botani. Petangnya, sekali lagi kami bermain di taman permainan berdekatan rumah. Ayah, Abangah, Afwah dan Munaqqib. Abangah asyik bermain badminton, dan apabila jam sudah hampir 6:30 petang, kami sudah bersiap-siap untuk balik.