Friday, May 31, 2013

Tahniah Abidah dan Suhaili!

Selepas upacara akad nikah di Masjid UKM... Bersama keluarga Mak Andak.
Pada 25 Mei 2013, alhamdulillah kami sekeluarga sempat menghadiri 2 majlis pernikahan. Pernikahan pertama telah dilangsungkan di Masjid UKM pada jam 9 pagi. Dr Suhaili Naim, anak sulung kepada Mak Andak dan Pak Andak telah selamat diijabkabul dengan pasangannya yang berasal dari Negeri Sembilan. Perjalanan kami ke sana telah dimulakan sehari lebih awal iaitu pada 24 Mei, Jumaat. Kebetulan hari Jumaat ialah hari cuti awam sempena Hari Wesak. 

Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Ibu...

Munaqqib tolong Opah siram pokok bunga...

"Ayah nak pergi mana?" soal Munaqqib. Umurnya sudah pun 3 tahun.

Setiap kali ayah bersiap-siap nak keluar, itulah soalan yang akan diajukan.

"Ayah nak keluar jap, nak beli barang..." jawab saya.

"Ayah, nak itut, nak itut!" Munaqqib merayu-rayu untuk mengikut saya.