Friday, May 31, 2013

Tahniah Abidah dan Suhaili!

Selepas upacara akad nikah di Masjid UKM... Bersama keluarga Mak Andak.
Pada 25 Mei 2013, alhamdulillah kami sekeluarga sempat menghadiri 2 majlis pernikahan. Pernikahan pertama telah dilangsungkan di Masjid UKM pada jam 9 pagi. Dr Suhaili Naim, anak sulung kepada Mak Andak dan Pak Andak telah selamat diijabkabul dengan pasangannya yang berasal dari Negeri Sembilan. Perjalanan kami ke sana telah dimulakan sehari lebih awal iaitu pada 24 Mei, Jumaat. Kebetulan hari Jumaat ialah hari cuti awam sempena Hari Wesak. 


Mak Andak sekeluarga bersama keluarga pengantin...
Sebaik selesai majlis pernikahan, saya bergegas semula ke rumah Abang Nushi untuk mengambil Afiah, Afwah dan Abangah untuk majlis makan tengahari di masjid UKM. Di sana, kami sempat bertemu dengan Mak Anjang sekeluarga dan Mak Tam sekeluarga. Pak Teh tidak dapat dapat datang kerana menunaikan umrah bersama Neno dan Faiz. Mak Nyah sekeluarga pula tidak sempat berjumpa kerana mereka hadir agak lewat sedangkan kami sudah kena berkejar pula ke Putrajaya.

Bergambar bersama pengantin di rumah Pak Chu... Afiah dan Munqiz asyik bermain dengan sepupunya....

Lebih kurang jam 12:30 tengahari, kami bertolak pula ke Putrajaya untuk menghadiri majlis pernikahan Abidah, anak sulung Wan Chu dan Pak Chu. Majlis tersebut diadakan di Surau Presint 16. Kami agak tersesat sedikit dan tiba di sana apabila imam baru memulakan solat Zohor. Sebaik selesai solat sunat ba'diah, majlis pernikahan dimulakan. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Majlis kendurinya pula akan diadakan pada 1 Jun minggu hadapan.

Abangah selepas bersunat di rumah AunC...

Selesai sahaja kedua-dua majlis pernikahan, kami pulang semula ke rumah Abang Nushi untuk menyiapkan Abangah yang akan bersunat pada malam nanti. Sebenarnya, sudah lama kami merancang untuk membuatnya di Perak, namun kekangan masa dan kebetulan pula di Klinik Bandar Seri Putra boleh menerima pesakit walk-in, ditambah pula dengan teknik clamp yang digunakan, membuatkan kami membuat keputusan untuk terus melakukannya malam itu. Tambahan pula, kami juga akan datang semula pada minggu hadapan untuk menghadiri majlis jamuan untuk Abidah dan pasangannya di Putrajaya. Proses sunat pada masa kini tidak mengambil masa terlalu lama, hanya 5 hingga 10 minit sahaja. Alhamdulillah, Abangah tidak pun menangis semasa bersunat. Sebaik sahaja selesai bersunat, kami meneruskan perjalanan kami membelah kegelapan malam untuk pulang ke Ipoh... Tahniah Abangah!

No comments:

Post a Comment