![]() |
| Munaqqib tolong Opah siram pokok bunga... |
"Ayah nak pergi mana?" soal Munaqqib. Umurnya sudah pun 3 tahun.
Setiap kali ayah bersiap-siap nak keluar, itulah soalan yang akan diajukan.
"Ayah nak keluar jap, nak beli barang..." jawab saya.
"Ayah, nak itut, nak itut!" Munaqqib merayu-rayu untuk mengikut saya.
Begitulah ragam Munaqqib, yang sangat suka berjalan mengikut ayah dan mama ke sana sini. Tiap-tiap pagi hari kerja, ayah mesti bawa dia pusing kawasan perumahan sebelum menghantar Kak Yong, Abangah dan Afwah ke sekolah.
![]() |
| Munaqqib dikelilingi oleh anak-anak dara sepupu sepapat.... |
"Encik, tengok anak encik itu, apa dia buat" kata pakcik India pemotong rumput itu kepada saya pagi semalam.
Pakcik itu baru sahaja selesai memotong rumput di rumah kami. Sebulan sekali dia akan datang ke sini.
"Oh, dia tengah sapu rumput di kaki lima" jawab saya sebaik sahaja saya ternampak Munaqqib.
"Ini punya budak banyak pandai, kecik-kecik lagi sudah tau buat kerja sampai habis" komen pakcik itu. Seronok agaknya memerhatikan keletah Munaqqib membantunya menyapu rumput-rumput yang berterbangan atas kaki lima rumah.
Saya tersenyum. Itulah namanya Munaqqib. Cakapnya tak banyak, tapi asyik ke sana ke sini ke atas ke bawah membuat pelbagai kerja. Hobinya bermain mainan lori dan traktor. Sudah banyak jenis lori yang dibelikan untuknya.
![]() |
| Gambar Afwah yang diambil oleh Munaqqib... |
Tapi, semalam Munaqqib sudah mula nampak tidak berapa sihat. Meskipun aktif berlari, tapi bibirnya kelihatan merah. Dibahagian tepi mulutnya ada mata ikan. Kesian, makan pun sudah tak lalu, kerana sakit dalam mulutnya. Mudah-mudahan disihatkan oleh Allah.
Esok ayah perlu pergi ke utara, untuk bantu research kawan ayah bagi proses data collection. Dan semua anak-anak ayah mama akan dihantar ke rumah Tok esok... Moga-moga kalian gembira duduk dengan Tok dan Opah... Dan jangan lupa ucapkan "Selamat Hari Ibu" untuk mama dan opah. Dan ada satu berita gembira, Alhamdulillah, mama dah dapat bertukar ke Perak! Hadiah sempena hari ibu...



No comments:
Post a Comment