10th April 2012:
 |
| A) Kuala Lumpur to B) Doha and to C) Venice! |
Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi Allah yang telah mengizinkan kami berdua untuk mengembara menuju ke Venice, Italy! Kertas kerja saya telah diterima untuk pembentangan di satu seminar yang bertajuk "International Conference on Social Sciences 2012". Seminar yang bermula pada 11-13 April berlangsung di Venice, Italy. Saya beserta isteri belum pernah menjejakkan kaki kami lagi di bumi Italy, dan ini merupakan pengalaman pertama kami berada di sana. Sudah terbayang suasana romantik di kepulauan Venice, haruman bunga-bungaan beserta suasana klasik zaman renaissance. Welcome to Venezie...
 |
| Flight ticket to Venezie... |
 |
| Tiket yang berwarna kuning, menunjukkan tiket transit di Lapangan Terbang Qatar... |
Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur dengan kapal terbang Qatar Airways jam 3:30 pagi. Permulaan yang agak mengecewakan kerana terpaksa beratur panjang untuk check-in sejak di KLIA lagi dengan penumpang yang agak ramai. Rupa-rupanya penumpang MAS pun turut digabungkan dengan Qatar Airways dan menaiki penerbangan yang sama. Kami berdua yang sudah menempah tiket untuk duduk bersebelahan dalam kapal terbang agak terkejut apabila dimaklumkan oleh petugas di kaunter bahawa tempat duduk penumpang terpaksa dirombak dan kami terpaksa duduk terpisah!
 |
| Bergambar di KLIA sebelum menaiki kapal terbang... |
Sedih, namun kami cuba merayu dan akhirnya alhamdulillah, petugas di kaunter itu berjaya juga mendapatkan tempat untuk kami duduk sebelah menyebelah. Didoakan moga Allah memudahkan urusan kerja petugas itu kerana kesudiannya membantu kami...
Lebih kurang jam 3:30 pagi, kapal terbang memulakan perjalanan menuju ke Doha dan mendarat di Doha lebih kurang jam 6:00 pagi. Perjalanan mengambil masa 7 hingga 8 jam. Kapal terbang memang penuh dengan penumpang. Doha menjadi tempat transit yang strategik untuk penumpang dari Asia Tenggara menuju ke Eropah. Waktu subuh di Doha memang awal, jadi jam 6:00 pagi matahari sudah mula naik menampakkan sinarnya.
 |
| Transit at Qatar, Doha... Its around 6 a.m.... |
Apabila tiba di Lapangan Terbang Doha, kami terpaksa melalui tapisan keselamatan, meskipun hanya transit beberapa jam. Cuaca agak berawan dan sedikit berangin menjadikan suasana pagi yang amat tenang. Sempat juga kami meronda-ronda di dalam kawasan Lapangan Terbang Doha.
 |
| Duty free... Nak beli? |
Selepas transit di Doha, kami menaiki pesawat Qatar Airways untuk ke Lapangan Terbang Marco Polo, Venice yang berlepas pada jam 9:00 pagi. Alhamdulillah, tiada masalah dari segi tempat duduk dan pengurusan luggage, semuanya lancar. Kami agak terkejut kerana ditegur oleh seorang pramugari dalam perjalanan ke Venice.
 |
| At Qatar International Airport... |
 |
| Still early in the morning... |
"Dari Malaysia ke?" tegur pramugari tersebut dalam Bahasa Melayu yang lancar. Menjadi pramugari memang perlu peramah.
"Ya, dari Malaysia," kami menjawab. Oh, rupa-rupanya dia pun orang Melayu Malaysia, ingatkan semua pramugari Qatar Airways terdiri dari orang Arab.
"Honeymoon ya?" soal pramugari tadi sambil tersenyum.
Kami juga tersenyum berdua tanpa perlu menjawab apa-apa...
 |
| In the transit bus for our flight to Venice! |
Perjalanan menuju ke Venice dipenuhi dengan ramai pelancong. Kami mengambil kesempatan untuk lelap seketika kerana kepenatan akibat perjalanan yang agak lama. Selepas berada lama di atas pesawat bermula dari Kuala Lumpur lagi, akhirnya kapal terbang kami selamat sampai di Lapangan Terbang Marco Polo lebih kurang jam 2:30 petang. Hampir 15 jam berada di atas kapal terbang... Welcome to Venice!
No comments:
Post a Comment