![]() |
| Bergambar bersama pengantin di Dewan Jugra |
Sekali lagi, kembara kami menuju ke Shah Alam menelusuri lebuh raya menggunakan bas. Ayah dan Munaqqib bertolak dari Ipoh jam 9:45 pagi. Kak Yong, Abangah dan Afwah yang bersekolah hari ini tidak turut serta. Mereka akan ikut opah esok ke Banting.
![]() |
| Gambar Opah dan Tok tiada sebab menghadiri kenduri rakannya di Putrajaya... Dari kiri: Mak Teh, Pak Teh, Acik, Wan Cu, Pak Cu, Pak Yang, Wan Yang, Pak We dan Mak We. |
"Ayah, kita naik bas ye?" soal Munaqqib.
"Ya, hari ni kita naik bas," balas saya.
"Hari ni kita naik bas ye?" soal Munaqqib lagi.
Dia memang suka bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali.
Seronok melayan percakapannya yang masih pelat.
"Ya, kita naik naik bas, pergi jumpa mama," jawab saya.
Sebelum menaiki, sempat saya belikan beberapa keping coklat dan air minuman, takut-takut Munaqqib lapar dalam bas. Seperti yang dijangka, memang dia sudah hampir habiskan coklat itu sebelum bas bertolak lagi!
![]() |
| Dari kiri: Iman, Afwah, Kak Yong dan Anisah. Yang di hadapan ialah Humaira... Bergambar di depan meja makan pengantin. |
Alhamdulillah, kami sampai di Shah Alam pada tengah hari dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Jenjarum bagi menghadiri majlis perkahwinan Atan, anak sulung Wan Yang. Kebetulan hari ini ialah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10!
8 Mac 2003 merupakan tarikh kami dinikahkan, dan hari ini pula pada 2013 tarikh Atan dinikahkan. Keesokannya ialah kenduri di rumah pengantin perempuan sementara kenduri bagi pihak pengantin lelaki pula ialah pada 10 Mac 2013 di Dewan bersebelahan stadium Jugra.
Kita merancang, tapi Allah ialah sebaik-baik perancang. Meskipun sudah tiba di tol Saujana Putra pada jam 2:15 p.m, malangnya kami tersesat pula untuk sampai di Jenjarum. Sebaik keluar dari tol Saujana Putra, kesilapan memilih lorong mengakibatkan kami berada di Putrajaya dan bukannya Jenjarum! Perjalanan yang sepatutnya memakan masa hanya beberapa minit berubah menjadi lebih 30 minit.
Akhirnya, majlis pernikahan yang sepatutnya dihadiri telah terlepas akibat tersesat, namun masih sempat untuk tiba di rumah pengantin perempuan untuk jamuan selepas akad nikah. Tahniah untuk Atan dan Azura, moga Allah memberkati hidup kalian selamanya... Maaf atas keterlewatan ini...
![]() |
| Sepupu-sepapat, anak-anak Acik, Pak We, Wan Cu, Pak Teh dan Wan Yang... |




No comments:
Post a Comment