Saturday, February 16, 2013

Abangah Patah Tangan...

Tangan Abangah patah... Dua-dua tulang sekali....
Tarikh 23 Disember 2012 bersamaan hari Ahad merupakan tarikh penting yang pasti menjadi ingatan untuk Abangah. Sebelah paginya, Abangah adik beradik aktif berlari ke sana sini di Taman Tasik Botani dengan 2 orang anak Ruqaiyyah dan Izzat yang kebetulan bermalam di Botani. Petangnya, sekali lagi kami bermain di taman permainan berdekatan rumah. Ayah, Abangah, Afwah dan Munaqqib. Abangah asyik bermain badminton, dan apabila jam sudah hampir 6:30 petang, kami sudah bersiap-siap untuk balik. 


Sebelum balik ke rumah, Abangah kebetulan ingin mencuba permainan memanjat, yang dia sudah biasa bermain sebelum ini. Malang tidak diduga, sebaik mencuba memanjat, dia terjatuh dan tangannya patah kerana cuba menahan badannya.... Maka, berkejaranlah kami ke rumah, mengambil kereta dan seterusnya ke Hospital Pantai, Ipoh...
Alhamdulillah, segala urusan selesai hampir tengah malam, tangan dia selamat disimen dan seterusnya ditahan di wad di Hospital Pantai...

No comments:

Post a Comment