Sunday, February 24, 2013

Berjalan-jalan ke Kenduri...

Afif, Munaqqib, Irfan, Quddus dan Abangah di Masjid selepas akad nikah

Bermula dengan 10 Februari 2013, sempena dengan cuti Tahun Baru Cina, kami bertolak dari rumah baba dan mama menghadiri kenduri Nasim, anak Pak Long, di Benut, Pontian. Kenduri yang diadakan di rumah pengantin perempuan telah selamat diadakan dan dituruti pula kenduri di rumah Pak Long di Shah Alam pada minggu berikutnya.


16 Feb. 2013: Afiah, Abangah, Afwah, Munaqqib & Ayah menaiki bas dari Ipoh ke Shah Alam...



Di hadapan rumah tok, tempat saya bermain bunga api waktu malam raya masa kecil-kecil... Kelihatan anai-anai sudah mula memanjat tiang rumah...

Semalam, 23 Februari 2013, kami menemani mak dan ayah serta Nooi sekeluarga menghadiri kenduri di Kampung Changkat Larang. Kebetulan, rumahnya agak berdekatan dengan rumah arwah Tok, dan kami mengambil peluang untuk meletakkan kereta di situ. Rumah arwah Tok sudah usang dan lama tidak dikunjungi, meskipun terletak berdekatan rumah kami. Maklumlah, tiada siapa lagi yang tinggal di situ. Papan yang reput sudah mula jelas kelihatan.  Rumah ini asalnya dibina sendiri oleh arwah Tok dengan bantuan rakan-rakannya. 
Teringat pada masa kecil, rumah itulah yang biasa kami kunjungi setiap kali hari raya. Kadang kala, pada hari Sabtu atau Ahad, Mak Ayah selalu membawa kami ke situ untuk menziarahi tok. Di belakang rumah tok, di kawasan kebun getah itulah tempat saya selalu bermain berlawan pedang dengan adik-adik. Pedang dibuat sendiri dari kayu pokok getah, hasil pengaruh dari cerita bersiri "Robin Hood". Tok selalu ke kebun getah pada sebelah pagi, itulah sumber pendapatan hariannya selepas beliau pencen.
Meskipun baru sahaja beliau meninggal dunia pada bulan November 2012, tapi rumah itu kelihatan uzur kerana telah lama ditinggalkan... Rumah di dunia hanya sementara, rumah di akhirat jua yang kekal abadi. Al-fatihah untuk arwah Tok...

No comments:

Post a Comment