Friday, September 20, 2013

Bye-bye Kak Siti....

Kak Siti dan suaminya, Abang Rudi sebelum menuju ke Muar...

Siti Patonah yang berasal dari Riau telah berada dengan kami semenjak Afiah berumur lebih kurang setahun lebih. Sekarang, Afiah sudah pun berada dalam darjah Tiga. Maknanya sudah hampir 8 tahun beliau menjadi pembantu rumah kami, bermula dengan Afiah, Munqiz, Afwah dan Munaqqib. Kini, selepas setahun lebih berkahwin, tibalah masanya untuk pulang semula ke Riau, melahirkan anak sulungnya di sana. Terima kasih tidak terhingga dari kami sekeluarga atas bantuannya menjaga anak-anak kami. 



Jeti Muar dengan bot yang akan menuju ke Riau...

Kepulangannya ke sana ditemani dengan suaminya, Rudi, yang turut bekerja mencari rezeki di Malaysia. Mereka pulang dengan menaiki bot dari Bandar Muar, 27 Julai 2013, seminggu sebelum hari Raya Idilfitiri. Kak Yong dan Afwah tidak mahu menghantarnya ke jeti, mungkin tidak mahu terasa kesedihan, yang ada hanyalah kami berdua termasuk Abangah dan Munqiz... Bye-bye Kak Siti!

Bye-bye kak Siti... Moga berjumpa lagi... Terima kasih kerana jaga kami...

No comments:

Post a Comment