Friday, September 20, 2013

Selamat Hari Malaysia!

Medan Selera Brinchang, Cameron...

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar...

Sempena dengan hari Malaysia pada 16 September 2013, kami sempat berjalan-jalan Cuti-Cuti sebelum hari Malaysia! Tempat yang kami tuju ialah Cameron Highland dan Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Terima kasih kepada Ustaz Lah (sahabat lama baba dan mama sejak dari Damansara) yang sudi menjamu kami dengan makan tengahari di Ulu Kenas. Lain kali kami datang lagi...

Rumah Ustaz Lah...
Seronok rasanya dapat berkumpul beramai-ramai adik-beradik bersama baba dan mama, apatah lagi anak-anak yang dapat bermain sakan dengan sepupu-sepapatnya di rumah kami di Ipoh! Keterujaan anak-anak sejak beberapa hari sebelum ketibaan "best-friend" masing-masing yang jarang-jarang dapat bertandang ke Ipoh memang amat saya rasai. Hampir tiap malam mereka menanyakan persiapan jadual perjalanan mereka untuk diatur buat merai tetamu istimewa kami ini.
Ulu Kenas...



Seperti yang dijangka, anak-anak telah mencadangkan untuk "dicutikan" sekolah pada hari Jumaat tersebut untuk lawatan pertama iaitu ke Cameron Highlands. Ayah nampaknya terpaksa beralah kali ini,  Walaupun mama terkilan kerana gagal mengambil cuti untuk menyertai perjalanan ke Cameron, mood anak-anak nampaknya tidak sedikitpun terganggu dek keseronokan bermain dengan geng mereka.

Lavender, Cameron...

Alhamdulillah.. rencana kami untuk hari-hari seterusnya berjalan lancar walaupun dalam kesuntukan masa mengejar program keluarga masing-masing. Terima kasih atas ziarah singkat ini, moga kalian tidak serik menjenguk kami lagi selepas ini!

No comments:

Post a Comment