Thursday, October 4, 2012

Selamat Hari Jadi Tok!

25 September 2012 merupakan hari ulang tahun untuk Tok, yang kini sudah mempunyai 10 orang cucu. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan kesihatan untuk menyambut hari  ulang tahun Tok pada petang Ahad yang lalu, bersama-sama opah, anak menantu dan cucu-cucunya... Selamat Menyambut Hari Lahir untuk Tok!

Kek untuk Tok...

Sunday, September 23, 2012

Jom Berkelah...

"Abangah, kenapa baring kat tepi longkang tuh?" saya menyergah Abangah dengan suara yang agak tinggi. Berbaring kat tepi longkang di tepi rumah tanpa apa-apa pelapik. Berbumbungkan payung, berlapikkan baju sendiri. Afwah dan Munaqqib turut serta berbaring. Mogok apa pulak yang ditunjukkan ni?

"Abangah nak main khemah-khemah, boleh berkelah," jawabnya dengan nada selamba, tanpa ada rasa bersalah.

"Abangah, kan ke kotor tuh, kenapa tak cari pelapik? Dulu dah ada khemah, tapi dirosakkan. Sekarang nak buat khemah pakai apa?" saya menerangkan pada abangah kenapa tak boleh baring tepi longkang, yang sebenarnya hanya berfungsi ketika hujan sahaja. Longkang ini sentiasa kering kerana musim sekarang agak jarang hujan. Dulu, memang kami ada khemah mainan, tapi habis dirosakkan, itulah namanya budak-budak.

Semuanya gembira dapat berkelah tepi rumah... Walaupun tak dapat khemah!

Monday, September 17, 2012

Mana Mama?

Anak-anak di pantai Seberang Takir, Terengganu... Tempat ayah dibesarkan dulu-dulu...

"Ayah, mama ane?" Tanya Munaqqib sebaik terbangun dari tidur. Umurnya sudah mencecah 2 tahun setengah, cakapnya masih pelat-pelat.

Jam di dinding sudah menunjukkan jam 6:30 pagi. Perlu segera bersarapan dan menghantar anak ke sekolah.

"Mama dah balik..." jawab saya.

"Mama ane?" tanya lagi Munaqqib, agaknya kurang berpuas hati dengan jawapan saya. Tambahan pula, baru malam tadi dia tidur bersama mamanya.

Monday, September 10, 2012

CUTI OH CUTI…!


Setiap kali tibanya cuti yang panjang, hati saya mula menyanyi riang. Siapa yang tak suka berehat bersama keluarga. Pantang berseorangan, pasti otak ini berkira-kira mengatur bermacam-macam rancangan untuk mengisi masa kualiti bersama insan-insan tersayang.

Bercuti bagi meraikan anak sulung kami. Gambar bersama sepupunya, Iman Nurhannan.

Monday, August 13, 2012

Ayah Tak Larat Nak Kejar La...

"Ayah, kejar la Naqqib..." panggil si kecil tu.

Mukanya tersenyum-senyum, menambah rasa geram di hati.
Munaqqib dengan mainan kegemarannya : Lori!

"Ayah penat la, bulan puasa ni..." jawab saya, sengaja jual mahal.

"Ayah, kejar la Naqqib..." rengeknya, sambil berdiri dan bersedia untuk lari.

Sunday, August 5, 2012

Sambutan Badar al-Kubra

Terlupa bawa baju melayu...
"Hari ni kita berbuka kat Ma'ahad Tahfiz," pesan isteri saya.
"Cepat la siap-siap, nanti lewat..." 

Saya bingkas bangun, bersiap-siap untuk mandi.

"Kenapa kena berbuka kat sana, bukan di rumah baba?" tanya saya.

Saya agak segan, baju melayu pun tak dibawa bersama, agak kesal sedikit.

"Ada majlis sambutan Badar al-Kubra, ada iftar jama'i dan ceramah lepas tarawih," jawab isteri saya.

Saya bergegas bersiap, memandangkan masa pun sudah agak lewat, menghampiri waktu Maghrib.

Anak-anak sudah terlebih dahulu bersiap, semangat dengan 
baju yang agak cantik untuk ke majlis ilmu.

Sebaik tiba di Maahad Tahfiz bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain, sudah agak ramai tetamu yang hadir di dewan berbuka puasa.

Friday, July 27, 2012

Ramadhan Didik Ketabahan

Alhamdulillah.. Segala puja-puji bagi Allah yang melimpahi banyak nikmat di bulan penuh keberkataan dan kemuliaan. Ramadhan al-Mubarak, Ramadhan Kareem. Seperti semua ibubapa lain yang menanam semangat tinggi untuk memupuk kefahaman kepada anak masing-masing, hari pertama berpuasa tahun ini turut disambut baik oleh anak-anak kami.
Abangah semasa berumur 1 tahun..
Alhamdulillah.. kini telahpun mampu berpuasa