Friday, July 27, 2012

Ramadhan Didik Ketabahan

Alhamdulillah.. Segala puja-puji bagi Allah yang melimpahi banyak nikmat di bulan penuh keberkataan dan kemuliaan. Ramadhan al-Mubarak, Ramadhan Kareem. Seperti semua ibubapa lain yang menanam semangat tinggi untuk memupuk kefahaman kepada anak masing-masing, hari pertama berpuasa tahun ini turut disambut baik oleh anak-anak kami.
Abangah semasa berumur 1 tahun..
Alhamdulillah.. kini telahpun mampu berpuasa


Anak-anak bangun sahur pagi 1 Ramadhan itu tanpa ragam yang banyak. Lega. “Anak-anak dah semakin besar.. semakin ringan kerja mama” detik hati saya. Namun, kusangka survive sampai ke petang, rupanya kecundang di tengahari! Alahai anak.. kalian kena cekal dan kuat, sayang. Hari-hari mama telefon anak-anak bertanyakan perkembangan mereka menjalani  ibadah rukun Islam ke-empat ini.

Afiah sewaktu menyambut kelahiran 2 tahun,
6 tahun yang lalu
Alhamdulillah, Afiah tiada masalah berpuasa sejak hari pertama Ramadhan tahun 1433 Hijriah ini, Abangah pula hanya berjaya menyempurnakan puasanya bermula pada Ramadhan ke-dua, manakala Afwah susuli pula keesokannya. Syukur.. masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk belajar mengerjakan suruhan Allah yang istimewa ini.
Afwah 2 tahun. Semasa di rumah tok baba,
diperhatikan Afif (belakang)

Memang galakan berpuasa tidak disebut secara khusus untuk anak-anak sepertimana arahan mengerjakan solat. Hakikatnya, puasa mendidik anak-anak tentang kekuatan dalaman. Bertabahan. Belum pernah rasanya kita mendengar kematian kerana berpuasa.. bukan? Semoga terus bertabahan anak-anak mama!

No comments:

Post a Comment