Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur kita untuk sama-sama kita berada dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Moga Ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun lepas.
![]() |
| Anak-anak yang sentiasa ceria... Munaqqib je yang tak puasa, ada botol susu lagi... Gambar semasa bercuti di JB 2012... |
Malam pertama Ramadhan, surau yang baru siap sebulan yang lalu sudah penuh dengan orang yang datang bersama-sama keluarga. 4 biji aircond baru siap dipasang petang tadi untuk keselesaan jamaah. Surau al-Ansar nama diberi...
Ayah, mama, Afwah, Abangah dan Kak Yong pun ikut sekali.
Abangah sempat habis solat tarawih sampai 8 rakaat dan juga witir, tapi kak Yong and Afwah hanya solat isyak...
Sebaik mengetahui Kak Yong tak solat tarawih, saya terus bertanyakan padanya.
"Penat la ayah...," komen Kak Yong sebaik sahaja masuk ke kereta.
"Aik, belum puasa pun dah penat?" jawab saya.
Kak Yong membisu seribu bahasa...
"Takpe, ayah bawak kak Yong, Abangah dan Afwah kalau masa cuti sekolah aje... Kalau esok sekolah, ayah tak bawak pergi surau, Kak Yong solat di rumah aje...," saya cuba memujuk Kak Yong untuk solat tarawih lagi.
![]() |
| Bergambar bersama kak Nina & Hazim selepas makan di Shah Alam... masa ni munaqqib belum lahir lagi... |
Sukar juga untuk membawa anak-anak solat tarawih. Mudah-mudahan mereka terus belajar untuk sabar menunaikan ibadah terutamanya dalam bulan Ramadhan... Cabaran yang sangat besar!
Ramadhan Kareem...
Kedatanganmu ditunggu-tunggu!
Arman,
Bandar Seri Botani, Ipoh.


No comments:
Post a Comment