Sunday, August 5, 2012

Sambutan Badar al-Kubra

Terlupa bawa baju melayu...
"Hari ni kita berbuka kat Ma'ahad Tahfiz," pesan isteri saya.
"Cepat la siap-siap, nanti lewat..." 

Saya bingkas bangun, bersiap-siap untuk mandi.

"Kenapa kena berbuka kat sana, bukan di rumah baba?" tanya saya.

Saya agak segan, baju melayu pun tak dibawa bersama, agak kesal sedikit.

"Ada majlis sambutan Badar al-Kubra, ada iftar jama'i dan ceramah lepas tarawih," jawab isteri saya.

Saya bergegas bersiap, memandangkan masa pun sudah agak lewat, menghampiri waktu Maghrib.

Anak-anak sudah terlebih dahulu bersiap, semangat dengan 
baju yang agak cantik untuk ke majlis ilmu.

Sebaik tiba di Maahad Tahfiz bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain, sudah agak ramai tetamu yang hadir di dewan berbuka puasa.

Selepas berbuka, belum solat maghrib lagi...
Kami berbuka puasa diikuti dengan solat maghrib, tahlil dan solat hajat.

Selesai sahaja solat hajat, waktu Isyak telah masuk.

Sebaik solat Isyak dan tarawih yang diimamkan oleh warga Ma'had Tahfiz selesai, ceramah Badar al-Kubra bermula selama hampir sejam.

Menurut penceramah, peperangan tidak berlaku sewaktu Nabi Muhammad berada di Makkah kerana Islam tidak mempunyai kuasa dan negara, tetapi ia berlaku di Madinah bagi mempertahankan negara Islam dari serangan musuh.

Perang yang berlaku pada 2 hijrah dalam bulan ramadhan ini menyaksikan bagaimana wujudnya segolongan umat Islam di Madinah yang dipanggil dengan gelaran "Munafiqun", gelaran yang tidak pernah wujud sewaktu Islam bermula di bumi Makkah.

Golongan ini secara zahirnya adalah sebahagian dari umat Islam, tetapi hatinya sentiasa berusaha menjatuhkan Islam. Mereka banyak memberikan alasan agar tidak turut serta dalam peperangan tersebut.

Dalam perang inilah, tentera-tentera Islam yang hanya seramai 313 orang berjaya mengatasi tentera musyrikin Makkah yang seramai 1000 orang hasil daripada pertolongan malaikat.

Firman Allah : 


Maksudnya : (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. 

Allahu Akbar!


No comments:

Post a Comment