|
| Salinan kulit tebal dibuat secara tergesa-gesa. Nasib baik ASA Solutions dapat buat degan cepat dan kemas! |
Terlalu ramai yang budiman terlibat sama dalam usaha menghasilkan kajian bertajuk Pelaksanaan Keadilan Asasi: Proses Penamatan Demi Kepentingan Awam dalam Perkhidmatan Awam di Malaysia. Terharu sangat kalau terkenang mereka semua yang bantu dari pelbagai sudut. Mama akan terus mendoakan mereka, moga Allah pelihara dan berikan bahagia selama mereka hidup dan dilimpahi rahmat kasih sayang Allah setelah mereka meninggal sehingga ke syura Nya!
Merakamkan detik penting serahan dokumen kajian kepada pihak Fakulti Undang-undang UKM pada 26 Jun 2020.
Perjalanan menyempurnakan kajian ini dilaksanakan sejak Feb 2017. Berbaloi melalui pengalaman ini. Semoga berguna utk perkhidmatan awam, khususnya dalam Pentadbiran Awam di negeri Perak. PDKA telah lama dilaksanakan oleh JPA, tetapi belum dilaksanakan di Perak. Sejak awal pengajian mama memang bercita-cita menulis tentang ilmu yang dekat di hati. Bukan setakat belajar hanya untuk menumpang tajaan JPA atau mengambil peluang bercuti dan berehat dari rutin kerja pejabat, tapi kalau boleh nak sangat mengkaji dan menulis sesuatu yang dapat memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat. Jika PDKA dilaksanakan di Perak, ia akan menjadi asbab penjawat awam lebih berhati2 dan menjaga prestasi kerja masing2 dan seterusnya akan memberikan hasil perkhidmatan penyampaian yg berkesan kepada rakyat Perak in shaa Allah.
 |
| Proses akhir: burnt tesis ke dalam CD sebagai syarat hantar tesis. |
 |
| Kaunter Fakuti Undang-undang mendapatkan pengesahan penghantaran |
 |
| Dah selesaikan mengemukakan salinan kepada pihak JPA 😊 |
No comments:
Post a Comment