| Salinan kulit tebal dibuat secara tergesa-gesa. Nasib baik ASA Solutions dapat buat degan cepat dan kemas! |
Catatan kehidupan kami untuk kenangan ahli keluarga dan anak cucu. Moga segala pengembaraan kita di dunia yang fana ini dapat memberi inspirasi untuk kita hidup bahagia di akhirat yang kekal abadi...
Sunday, June 28, 2020
SELESAI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR SARJANA UNDANG-UNDANG UKM
Saturday, June 6, 2020
PENUTUPAN PUSAT GELANDANGAN PERAK
Semalam mama dijemput bersama-sama menghadiri Majlis Penutupan Pusat Gelandangan yang dah jadi rumah ke-2 mama sejak pembukaannya pada 18 April sehingga mendapat arahan bertukar ke PKNPk pada 4 Mei 2020. Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat adalah VIP yang hadir merasmikan penutupan tersebut.
Perasaan gembira bercampur-aduk bila dilaporkan bahawa kesemua 89orang penghuni PPG telah selamat ditempatkan mengikut kesesuaian latarbelakang dan kelayakan/ kemampuan masing-masing. Sekitar 10-15 orang telah diterima berkerja. Sebahagian kerja di kedai mencuci kereta, kebun dan industrie ringan. 30orang yang tidak berupaya lagi untuk berkerja diambil ke Rumah Seri Kenangan JKM, 20 dihantar kepada rumah-rumah kebajikan kelolaan NGO, 20 orang telah pulang ke pangkuan keluarga dan hanya baki 3 orang yang tidak dapat dikenalpasti identiti dan telah diterima untuk ditempatkan bersama PPG Taiping.
![]() |
| Mahfuz, Haji Hariri dan Amirul kebetulan bertugas pada hari-hari terakhir saya di PPG |
Seronok dapat jumpa team PPG; dari geng ofis lama PDT Ipoh, team Puan Mai dan Puan Shikin dari JKM, team En. Amin dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), team En. Mukhriz Pej Kesihatan Daerah Kinta, team Pn. Rasidamayanti Bomba, En.Azman AADK dan semua yang dah madam keluarga menguruskan gelandangan di PPG tersebut. Boss Mama Puan Halizah Pegawai Daerah Kinta adalah contoh ketua yang baik dan berpengalaman. Suka cara beliau mengurus Jabatan; cool dan berhemah tetapi berkesan.
Mama tak tangkap gambar pun. Mama tulis semua nama mereka yang bersama-sama dalam team PPG ni sebagai sebahagian kenangan yang indah dan penting semasa negara dilanda ujian covid19 pada tahun 2020.
Friday, May 1, 2020
NASI TOMATO MAMA
Dalam kesibukan mama kerja musim PKP, terlintas nak buat menu ringkas. Maka buatlah nasi tomato; Nasi - Ayam Masak Merah - Jelatah salad - Papadom. Walaaaa!!!
Rupanya anak-anak mama gemar nasi tomato. Senang cerita. Lauk pun mudah. Makan pun bertambah-tambah!
Rupanya anak-anak mama gemar nasi tomato. Senang cerita. Lauk pun mudah. Makan pun bertambah-tambah!
Friday, April 24, 2020
Gelandangan sewaktu PKP
YB Exco hadir ke Bilik Gerakan PDT Ipoh,
mempengerusikan mesyuarat pertama untuk menubuhkan PPG
Mama dan team PDT Kinta dapat tugasan baru pada PKP hari ke-31 PKP iaitu 17.4.2020 (Jumaat). Buka Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) di Arena Badminton, Kompleks Sukan MBI. Mengubah routine mama.
| Lawatan YAB MB Peja. Turut sama hadir ialah YB SS, PKN dan Exco kebajikan, Dato' Dr. Wan Noor Ashikin. |
Wednesday, April 15, 2020
Kenangan PKP 2020
Satu dunia masih terkejut dengan serangan wabak Covid-19 sehingga melumpuhkan majoriti negara dunia. Malaysia mengambil tindakan drastik melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac sehingga 28 April. Dah masuk 3 Fasa. Semua urusan selain "essential services" tidak dibenarkan beroperasi, kecuali secara maya. Hashtag #stayathome #socialdistancing #kitajagakita
SOTO JOHOR
Mama teringat Tok Mama dan Tok Baba harini. Lama dah tak jumpa sejak PKP. Rasanya jumpa kali terakhir masa balik Johor 5-7 Mac lalu.
Apalagi.. mama terus cari resipi soto sebab terkenang antara menu all-time favourite tok baba-tok mama selaku anak asli orang Johor. Jadi mama kongsikan di sini resipi soto yang mudah untuk rujukan anak-anak mama akan datang.
Apalagi.. mama terus cari resipi soto sebab terkenang antara menu all-time favourite tok baba-tok mama selaku anak asli orang Johor. Jadi mama kongsikan di sini resipi soto yang mudah untuk rujukan anak-anak mama akan datang.
Monday, April 13, 2020
Saturday, August 17, 2019
Selamat Hari Jadi Mak, Selamat Hari Jadi Munqiz...
Sambutan ulangtahun Mak disambut lebih istimewa pada tahun 2019 ini kerana kebetulan jatuh dalam tempoh cuti sekolah dan Hari Raya Haji. Semua adik-beradik setuju mengatur percutian ringkas ke Melaka memandangkan Mak belum berpeluang melawat Bandaraya bersejarah itu walaupun usia 67 tahun telah berlalu.
Pada 12.8.2019 (Ahad), selepas menghadiri majlis Aqiqah 'Affaan Azmi Ahmad Faiz di Cheras, kami semua menuju ke The Shore, Melaka. Kolam renang menjadi sasaran utama memandangkan rombongan 42 orang kami ini adalah majoriti daripada kalangan anak-anak. Sambutan ringkas Harijadi Mak dibuat sebelum kami semua keluar makan malam di Umbai. Selepas makan malam, kami semua mengambil kesempatan merasai pengalaman menaiki cruise di sepanjang sungai Melaka.
Perjalanan di Melaka bersambung keesokan dengan menyusuri Dataran Pahlawan dan ke Masjid Selat sebelum pulang semula ke Ipoh. Semoga Mak dan Ayah seronok dengan pengalaman di Melaka bersama semua anak-cucu Opah dan Atok!
Sambutan ke-2 bersama Abangah (17 Ogos) di Kedai Abang Nash, Bandar Seri Botani, Ipoh
SERANGAN VIRUS H1N1
TIOMAN 2019
Akhirnya mama memilih untuk menulis setelah beberapa ketika tidak mengemaskini blog kita khusus untuk berkongsi kisah percutian keluarga Mama bersempena sambutan 50th Anneversary Tok Baba & Tok Mama.
Alhamdulillah.. semua ahli keluarga berkumpul di Tioman pada 27-28 Julai 2019 kecuali 3 orang anak mama yang terpaksa akur dgn urusan pengajian di sekolah masing2. Perjalanan ke Tanjung Gemok, Rompin, Pahang memang mencabar. Seperti dijadualkan, setiap keluarga bertolak sendiri dan perlu sampai sebelum jam 10pagi kerana hanya 2 trip jadual bot menyeberang ke Tioman setiap hari. Bila tiba di jeti, rupanya semua berkongsi kisah ketakutan dengan aksi bahaya pemandu masing2 termasuk Ayah sendiri!
Friday, June 7, 2019
Kematian Ahli Keluarga Kami
Keluarga sebelah mak dan ayah:
i- Opah Ah, isteri kepada arwah Abdul Aziz (1 November 2017, Rabu, 5 petang, dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Mata Ayer, Kangar, Perlis)
ii- Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz, Pak Teh (9 Julai 2018, Isnin, 4 petang, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Chemor)
iii- Wan Halimatus Sa'adiah Abdul Aziz, Mak Anjang (26 Mac 2018, Isnin pagi, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Chemor)
i- Opah Ah, isteri kepada arwah Abdul Aziz (1 November 2017, Rabu, 5 petang, dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Mata Ayer, Kangar, Perlis)
ii- Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz, Pak Teh (9 Julai 2018, Isnin, 4 petang, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Chemor)
iii- Wan Halimatus Sa'adiah Abdul Aziz, Mak Anjang (26 Mac 2018, Isnin pagi, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Chemor)
iv-Pah Cu (Sa'ariah binti Osman Bashah), mak saudara ayah (30 Mei 2021, Ahad, 6:33 pm) 460913-05-3004
Keluarga sebelah baba dan mama:
i- Tok Bak Abd. Wahid bin Salimon (3 Mac 1997)
ii- Tok (4 Oktober 2001)
iii- Mak Long Firdaus Abdul Wahid (7 Jun 2010)
iv- Pak Long Hamad bin Ghazali
Keluarga sebelah baba dan mama:
i- Tok Bak Abd. Wahid bin Salimon (3 Mac 1997)
ii- Tok (4 Oktober 2001)
iii- Mak Long Firdaus Abdul Wahid (7 Jun 2010)
iv- Pak Long Hamad bin Ghazali
Sunday, August 26, 2018
Masa untuk belajar melepaskan dunia, mengejar akhirat yang kekal abadi...
![]() |
| 19 Ogos 2018, Putrajaya... |
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memanjangkan usiaku yang menjangkau 41 tahun. Mudah-mudahan umur yang berbaki ini dapat digunakan untuk memperbanyakkan amal soleh dan mendidik anak-anak menjadi hamba yang taat kepada perintah-Nya. Terima kasih kepada ibu bapaku, isteriku dan anak-anak yang banyak bersabar dengan kerenahku. Moga di usia yang semakin tua ini, diri ini menjadi semakin dekat dengan Tuhan dan semakin jauh dengan dunia yang akan ditinggalkan...
Thursday, August 23, 2018
Wednesday, August 8, 2018
Thursday, August 2, 2018
Sunday, April 1, 2018
KURSUS HAJI TAHUN 2017/2018
10 Disember 2017 - 1 April 2018. Sifat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi telah mengizinkan kami melalui pengalaman indah melalui Kursus Haji ini. Ilmu baru yang amat berharga. Kursus ini memerlukan komitmen yang padu selama 17 minggu berturut-turut. Kami berasa bertuah menjadi sebahagian daripada keluarga besar kumpulan di Masjid Jamek Kg. Melayu, Ipoh yang mencecah anggaran 300 orang pesertapada sesi kali ini.
Alhamdulillah, hari ini merupakan sesi penutup dan ia disudahi dengan simulasi kembara Haji di sekitar kawasan masjid. Sudah tentu kami akan selalu merindui al-Fadhil Ustaz Bahari Yeop yang memang tegas di sebalik lawak santai nya, bersesuaian dengan kelas pengajian murid-murid dewasa ini. Semoga ilmu yang dicurahkannya akan dapat kami manfaatkan sebaiknya dan menjadi sebahagian daripada ilmu jariah yang tidak putus dilimpahi pahala buat beliau.
Alhamdulillah, hari ini merupakan sesi penutup dan ia disudahi dengan simulasi kembara Haji di sekitar kawasan masjid. Sudah tentu kami akan selalu merindui al-Fadhil Ustaz Bahari Yeop yang memang tegas di sebalik lawak santai nya, bersesuaian dengan kelas pengajian murid-murid dewasa ini. Semoga ilmu yang dicurahkannya akan dapat kami manfaatkan sebaiknya dan menjadi sebahagian daripada ilmu jariah yang tidak putus dilimpahi pahala buat beliau.
| Masjid diubah menjadi dataran Masjidil Haram hari ini. Kaabah, maqam nabi Ibrahim dan Hijir Ismail. |
Lambaian "Istislam" semasa melalui sudut hajarul aswad
Lelaki disunatkan berlari-lari anak pada 3 pusingan pertama semasa melepasi "Lampu Hijau" dalam ibadat sai'e
Kak Rozita dan Makcik Rodziah antara kenalan yang bersama sepanjang 17 minggu di sini.
Doa penutup di Bukit Marwah, urusan akhir disusuli dengan gunting rambut tahalul thani.
Seronok kami makan kenduri harini! Biasanya kami dijamu sarapan semasa waktu rehat.
Will be missing the routine. Kenangan di Masjid Jamek Kg. Melayu, Ipoh.
Sunday, February 11, 2018
Sunday, February 4, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)



















