YB Exco hadir ke Bilik Gerakan PDT Ipoh,
mempengerusikan mesyuarat pertama untuk menubuhkan PPG
Mama dan team PDT Kinta dapat tugasan baru pada PKP hari ke-31 PKP iaitu 17.4.2020 (Jumaat). Buka Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) di Arena Badminton, Kompleks Sukan MBI. Mengubah routine mama.
| Lawatan YAB MB Peja. Turut sama hadir ialah YB SS, PKN dan Exco kebajikan, Dato' Dr. Wan Noor Ashikin. |
Kalau sebelum ini, tugasan mama banyak bertumpu kepada Pengurusan Pek Bantuan. Aturkan pembelian beribu-ribu pek, sediakan team untuk packing, aturkan team yang turun buat penghantaran, pastikan baki stok pek bantuan tepat dan bertugas pula di Bilik Gerakan Daerah Kinta. Urusan jadi luar biasa sebab semua arrangement buat atas tallan dan susah nak sediakan kemudahan dalam tempoh PKP. Banyak kedai tutup, kena buat setakat apa yang boleh.
Kini tugas bertukar kepada pengurusan manusia. Pengalaman baru uruskan lebih 70 orang gelandangan yang diambil di sekitar jalanan dalam bandaraya Ipoh. Ramainya NGO yang beramal bakti utk geng gelandangan ni rupanya. Kalau bukan kerana kerja, mungkin sampai sekarang kita masih tidak tahu betapa ramainya orang buat pahala secara sukarela.
set-up Bilik Gerakan Urusetia PPG
Mama bersyukur dapat banyak belajar daripada kawan-kawan dari agensi lain yang sama-sama uruskan PPG; Angkatan Awam Malaysia (APM), RELA, PDRM, MBI, AADK, Jabatan Kesihatan Negeri/ Daerah (Kinta) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM). Ramai tetamu kehormat turun melawat penghuni.
NGO sediakan bantal dan minuman panas sepanjang operasi PPG
Mama rakam sedikit kenangan semasa bertugas.
Aktiviti nyahkuman oleh pihak Bomba diatur setiap 2 hari-sekali






No comments:
Post a Comment