Wednesday, April 15, 2020

SOTO JOHOR

Mama teringat Tok Mama dan Tok Baba harini. Lama dah tak jumpa sejak PKP. Rasanya jumpa kali terakhir masa balik Johor 5-7 Mac lalu. 

Apalagi.. mama terus cari resipi soto sebab terkenang antara menu all-time favourite tok baba-tok mama selaku anak asli orang Johor. Jadi mama kongsikan di sini resipi soto yang mudah untuk rujukan anak-anak mama akan datang.




Bahan-bahan:

(A) Tumis
Minyak 3 sudu
Bunga lawang + 4 sekawan
Bawang merah 5-7 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia 1-2 inci
Kunyit 1 inci
Lengkuas sedikit (menambah rasa)
Rempah sup 1 sudu
Rempah kari 1/2 sudu (menambah rasa)
Buah keras 2 biji (tumbuk)

(B) Kuah
Ayam 1/2 ekor 
Serai 1-2 batang (ketuk)
Kiub pati ayam
Air 150-200liter (ikut suka kuah pekat tau cair)
garam + gula secukup rasa

(C) Pelengkap rasa
Bawang goreng
Kacang goreng
So-on goreng
Bergedil
Sambal kicap
Daun sup (atau ketumba)

Cara memasak:

1. Masukkan satu-per-satu bahan A sehingga sempurna tumisan.
2. Masukkan ayam (seolah-olah menggoreng kering bersama bahan tumisan) di atas api kecil.
3. Setelah nampak agar garing semua bahan tumisan, masukkan air dan serai.
4. Selepas 5 minit, angkat ayam daripada periuk sup dan tos kering.
5. Racik daging ayam dan asingkan untuk menjadi sebahagian daripada bahan (C).
6. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula ke dalam periuk sup.
7. Siap kuah soto untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resipi mama untuk warisan keluarga rumahkita168 :)






No comments:

Post a Comment