Saturday, August 17, 2019

TIOMAN 2019

Akhirnya mama memilih untuk menulis setelah beberapa ketika tidak mengemaskini blog kita khusus untuk berkongsi kisah percutian keluarga Mama bersempena sambutan 50th Anneversary Tok Baba & Tok Mama.

Alhamdulillah.. semua ahli keluarga berkumpul di Tioman pada 27-28 Julai 2019 kecuali 3 orang anak mama yang terpaksa akur dgn urusan pengajian di sekolah masing2. Perjalanan ke Tanjung Gemok, Rompin, Pahang  memang mencabar. Seperti dijadualkan, setiap keluarga bertolak sendiri dan perlu sampai sebelum jam 10pagi   kerana hanya 2 trip jadual bot menyeberang ke Tioman setiap hari. Bila tiba di jeti, rupanya semua berkongsi kisah ketakutan dengan aksi bahaya pemandu masing2 termasuk Ayah sendiri! 




Tiket feri utk ke Kg. Tekek tempat kami menginap di Pulau Tioman telah ditempah awal oleh uncle. Alhamdulillaah semuanya lancar walaupun Cik Jedan dan Ali Zayn mabuk laut. Rupanya mabuk lauk bersambung lagi dengan henjutan sepanjang perjalanan darat yg dibawa dengan four wheel drive oleh pemandu tempatan ke resort kami, The Barat Tioman.

Semua cabaran perjalanan hilang bila kedatangan kami disambut dengan keindahan pantai yg terbentang luas dan kebiruan air laut yg masih bersih terpelihara dari sebarang pencemaran. Kolam renang untuk anak2 juga melambai2 menyambut ketibaan kami. Alhamdulillaaah masing2 tidak sabar untuk menikmati keseronokan this short getaway! Mama dan Ayah tetap terkenangkan anak3 yg tidak bersama. Munaqqib juga nampak kehilangan Abang dan Kakak2nya. Semoga kita ber peluang bercuti bersama di lain masa.







Setelah puas bermandi-manda petang itu, majlis sambutan Anniversary berlangsung dgn sangat mendamaikan di sebelah malam. Bahagian atas restoran,  the skybar telah ditempah khas utk majlis kami sahaja. Baba memulakan acara dengan bacaan Yaasin diikuti dengan ucapan uncle mewakili semua adik2 yg juga merangkap the Director of the event. Malam itu Tok Baba ber cerita Panjang tentang kisah cita-cita dan cinta mereka mengharungi 50 tahun bersama. Sebenarnya baru malam itu kami tahu tarikh sebenar perkahwinan mereka adalah pada 29.5.1969. Semoga kita semua dapat meneladani perjuangan semangat Tok Baba dan belajar menjadi isteri taat yg sentiasa membahagiakan suami macam Tok Mama 

Syukur alhamdulillaaah perjalanan jauh ini sangat berbaloi bila kita dapat membahagiakan ibubapa yang dicintai. Semoga Allah berkati umur dan bahagiakan mereka di dunia sehingga ke akhirat Nya kelak. 


No comments:

Post a Comment