Virus ini membuatkan Munaqqib amat lemah dan sentiasa tertidur. Mujur dia tetap makan dan minut setiap kali disuakan makanan dan minuman.
Doktor ada menjelaskan jangkaan graf suhu badan pesakit H1N1 yang tidak menentu lazimnya hanya akan stabil selepas 7-10 hari. Kami amat bersyukur kerana sentiasa dilimpahi kasih-sayang dan mendapat sokongan kuat daripada orang tua, saudara-mara dan sahabat-sahabat yang dekat mahupun yang jauh. Semua mendoakan Munaqqib. Alhamdulillah, Munaqqib sembuh sepenuhnya pada 1 April 2018, iaitu hari ke-9 dan kembali ceria seperti biasa!
Panggilan telefon daripada abang-kakak yang merindui Munaqqib kerana tidak dapat melawat. Usikan dan gelak-tawa itu yang memulihkan semangat Munaqqib.
Day5. Munaqqib benar-benar mahu pulang bila dia mula sedar! Dia hanya bangun untuk solat kerana mahu berdoa agar Allah segera menyembuhkannya dan doktor akan membenarkannya pulang.
Day9. Rindunya dia
No comments:
Post a Comment