Saturday, August 17, 2019

Selamat Hari Jadi Mak, Selamat Hari Jadi Munqiz...

Sambutan ulangtahun Mak disambut lebih istimewa pada tahun 2019 ini kerana kebetulan jatuh dalam tempoh cuti sekolah dan Hari Raya Haji. Semua adik-beradik setuju mengatur percutian ringkas ke Melaka memandangkan Mak belum berpeluang melawat Bandaraya bersejarah itu walaupun usia 67 tahun telah berlalu. 

Pada 12.8.2019 (Ahad), selepas menghadiri majlis Aqiqah 'Affaan Azmi Ahmad Faiz di Cheras, kami semua menuju ke The Shore, Melaka. Kolam renang menjadi sasaran utama memandangkan rombongan 42 orang kami ini adalah majoriti daripada kalangan anak-anak. Sambutan ringkas Harijadi Mak dibuat sebelum kami semua keluar makan malam di Umbai. Selepas makan malam, kami semua mengambil kesempatan merasai pengalaman menaiki cruise di sepanjang sungai Melaka.

Perjalanan di Melaka bersambung keesokan dengan menyusuri Dataran Pahlawan dan ke Masjid Selat sebelum pulang semula ke Ipoh. Semoga Mak dan Ayah seronok dengan pengalaman di Melaka bersama semua anak-cucu Opah dan Atok!

Sambutan ke-2 bersama Abangah (17 Ogos) di Kedai Abang Nash, Bandar Seri Botani, Ipoh






 Bercuti di Melaka, 12-13 Ogos 2019
Sambutan bersama anak-cucu di The Shore, Melaka








Anak-anak girang keseronokan berlari-lari di kawasan lapang semasa Makan Malam 
di salah sebuah kedai makan terkenal di Melaka, Restoran Ikan Bakar Klasik Terapung, Umbai.



Sarapan pagi dengan Nasi Lemak yang ditaja tokey sambal ikan bilis dan sambal paru, Ayah Nyah. 




Acara mandian bersambung lagi di sebelah pagi hari ke-2.


Bergambar di dalam cruise 






Masjid Selat










Dataran Pahlawan








No comments:

Post a Comment