Sunday, April 1, 2018

KURSUS HAJI TAHUN 2017/2018







10 Disember 2017 - 1 April 2018. Sifat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi telah mengizinkan kami melalui pengalaman indah melalui Kursus Haji ini. Ilmu baru yang amat berharga. Kursus ini memerlukan komitmen yang padu selama 17 minggu berturut-turut. Kami berasa bertuah menjadi sebahagian daripada keluarga besar kumpulan di Masjid Jamek Kg. Melayu, Ipoh yang mencecah anggaran 300 orang pesertapada sesi kali ini. 

Alhamdulillah, hari ini merupakan sesi penutup dan ia disudahi dengan simulasi kembara Haji di sekitar kawasan masjid. Sudah tentu kami akan selalu merindui al-Fadhil Ustaz Bahari Yeop yang memang tegas di sebalik lawak santai nya, bersesuaian dengan kelas pengajian murid-murid dewasa ini. Semoga ilmu yang dicurahkannya akan dapat kami manfaatkan sebaiknya dan menjadi sebahagian daripada ilmu jariah yang tidak putus dilimpahi pahala buat beliau. 

Masjid diubah menjadi dataran Masjidil Haram hari ini.
Kaabah, maqam nabi Ibrahim dan Hijir Ismail.




Lambaian "Istislam" semasa melalui sudut hajarul aswad



Lelaki disunatkan berlari-lari anak pada 3 pusingan pertama semasa melepasi "Lampu Hijau" dalam ibadat sai'e


Kak Rozita dan Makcik Rodziah antara kenalan yang bersama sepanjang 17 minggu di sini.


Doa penutup di Bukit Marwah, urusan akhir disusuli dengan gunting rambut tahalul thani.



Seronok kami makan kenduri harini! Biasanya kami dijamu sarapan semasa waktu rehat.



Will be missing the routine. Kenangan di Masjid Jamek Kg. Melayu, Ipoh.

No comments:

Post a Comment