Friday, July 27, 2012

Ramadhan Didik Ketabahan

Alhamdulillah.. Segala puja-puji bagi Allah yang melimpahi banyak nikmat di bulan penuh keberkataan dan kemuliaan. Ramadhan al-Mubarak, Ramadhan Kareem. Seperti semua ibubapa lain yang menanam semangat tinggi untuk memupuk kefahaman kepada anak masing-masing, hari pertama berpuasa tahun ini turut disambut baik oleh anak-anak kami.
Abangah semasa berumur 1 tahun..
Alhamdulillah.. kini telahpun mampu berpuasa

Thursday, July 26, 2012

Afwah demam la ayah...

Seperti biasa, pagi-pagi lagi saya akan menghantar Kak Yong dan Abangah ke sekolah yang terletak lebih kurang 10 km dari rumah. Selepas itu giliran Afwah pula untuk dihantar ke sekolah.

Afwah makan sampai habis, sampai Munaqqib pun kena gigit jari je, tak boleh nak makan lagi...

"Afwah nak puasa tak hari ini?" soal saya sebelum Afwah turun dari kereta.

Saturday, July 21, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur kita untuk sama-sama kita berada dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Moga Ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun lepas. 
Anak-anak yang sentiasa ceria... Munaqqib je yang tak puasa, ada botol susu lagi... Gambar semasa bercuti di JB 2012...

Malam pertama Ramadhan, surau yang baru siap sebulan yang lalu sudah penuh dengan orang yang datang bersama-sama keluarga. 4 biji aircond baru siap dipasang petang tadi untuk keselesaan jamaah. Surau al-Ansar nama diberi...

Ayah, mama, Afwah, Abangah dan Kak Yong pun ikut sekali. 

Abangah sempat habis solat tarawih sampai 8 rakaat dan juga witir, tapi kak Yong and Afwah hanya solat isyak... 

Sebaik mengetahui Kak Yong tak solat tarawih, saya terus bertanyakan padanya.

"Penat la ayah...," komen Kak Yong sebaik sahaja masuk ke kereta.

Monday, July 16, 2012

Senyum dan Sebutir Penghargaan



Pokok perlukan udara sebagai asas keperluan bernyawa, air sebagai sumber makanan untuk kekal bertenaga dan cahaya sebagai sumber sokongan untuk menggalakkan pertumbuhannya. Hasilnya, pokok yang tumbuh sihat akan banyak memberi manfaat kepada seisi dunia sejagat!  Begitu juga manusia.


Saturday, July 7, 2012

Elok-elok Naik Bas...

Alhamdulillah sempat menghantar Afwah dan Abangah naik bas mengikuti rombongan ke Putrajaya jam 5:00 pagi tadi. Selamat jalan anak-anak, malam nanti insya Allah kita jumpa lagi... Mama pun Insya Allah akan tiba malam nanti... Ayah doakan agar anak-anak dan mama selamat sampai ke rumah. Selamat bermusafir!