Sambutan ulangtahun Mak disambut lebih istimewa pada tahun 2019 ini kerana kebetulan jatuh dalam tempoh cuti sekolah dan Hari Raya Haji. Semua adik-beradik setuju mengatur percutian ringkas ke Melaka memandangkan Mak belum berpeluang melawat Bandaraya bersejarah itu walaupun usia 67 tahun telah berlalu.
Pada 12.8.2019 (Ahad), selepas menghadiri majlis Aqiqah 'Affaan Azmi Ahmad Faiz di Cheras, kami semua menuju ke The Shore, Melaka. Kolam renang menjadi sasaran utama memandangkan rombongan 42 orang kami ini adalah majoriti daripada kalangan anak-anak. Sambutan ringkas Harijadi Mak dibuat sebelum kami semua keluar makan malam di Umbai. Selepas makan malam, kami semua mengambil kesempatan merasai pengalaman menaiki cruise di sepanjang sungai Melaka.
Perjalanan di Melaka bersambung keesokan dengan menyusuri Dataran Pahlawan dan ke Masjid Selat sebelum pulang semula ke Ipoh. Semoga Mak dan Ayah seronok dengan pengalaman di Melaka bersama semua anak-cucu Opah dan Atok!
Sambutan ke-2 bersama Abangah (17 Ogos) di Kedai Abang Nash, Bandar Seri Botani, Ipoh
