Rasanya tahun 2017 ni yang paling banyak kita berjalan. Ayah memang enjoy berjalan.. kenal tempat orang, hargai sejarah tempatan, dan rekod untuk rujukan peribadi. Ni mesti ayah suka bila mama dah mula aktif menulis perjalanan kita sekeluarga dalam blog rumahkita168 ni :)
Perjalanan kali ini memang pantas dan ringkas! Kami bertolak ke Lumut selepas sekolah anak-anak pada petang Jumaat 29 September, terus check-in hotel Marina Island di Teluk Muroh, Lumut.
Selepas melayan anak-anak di kolam renang, kami sempat berkejar ke kaunter ticket boat untuk bertanyakan jadual perjalanan boat menyeberangi ke Pulau Pangkor bagi persediaan perjalanan kami keesokan pagi. Rupanya operasi mereka bermula seawal jam 7 pagi dan trip terakhir adalah jam 11 malam (dikenakan caj tambahan). Kami pendekken aktiviti pada malam itu supaya dapat bersiap awal untuk perjalanan kami esok!
Kami memilih untuk naik bot seawal 8 pagi. Mama menyiapkan sarapan ringkas setakat untuk melapik perut semasa perjalanan dalam bot. Sambil mengunyah roti, kami berdoa agar hujan yang turun pagi itu akan reda setibanya kami di Pulau Pangkor. Tak sempat mengelamun panjang, bot kami sudahpun berlabuh di jeti Pulau Pangkor sekitar jam 8.20 pagi. Memang betul jeti ini lebih hampir berbanding jeti utama yang juga sudah terlampau sesak dengan manusia.
Seronok rasanya bila memulakan perjalanan di awal pagi. Belum ramai pengunjung berada di jeti Pangkor. Ayah bersetuju mengambil sebuah van teksi untuk membawa kami pusing-pusing mengenali Pulau Pangkor. Uncle itu mebawa kami ke masjid terapung yang baru dibina, Batu Bersurat Pangkor, Kubu Kota Belanda, Masjid Teluk Raja Bayang, Muzium Mini Pulau Pangkor dan akhirnya tinggalkan kami di Pantai Teluk Nipah yang sememangnya terkenal untuk aktiviti pantai dan mandi-manda pada kira-kira jam 9.30 pagi. Kami sempat membeli roti canai dan kemudian menyewa bot kecil (RM60) untuk menyeberang ke Pulau Giam bagi mendapatkan lokasi berenang yang lebih tenang dengan pantai cantik yang lebih landai. WOWWW! Terlompat-lompat kami dibawa dek bot comel itu melawan Arus deras ombak yang tinggi.
Selesai mandi lebih kurang jam 1130 pagi, kami membersihkan diri di tandas awam yang baru. Uncle teksi telahpun bersedia untuk menghantar kami pulang ke jeti. Bot kami bertolak pulang tepat jam 1230 tengahari. Lega rasanya bila tiba dengan tenang di jeti Marina sebelum waktu zohor. Kami melawan arus manusia padat yang beratur macam sardin di pintu masuk ke Pangkor. Happy sangat bila dapat bawa anak-anak bercuti dari kesibukan walaupun cuma setengah hari perjalanan!
| Jeti Pangkor |

Kubu Kota Belanda yang juga menjadi tempat simpanan bijih timah pada zaman penjajahan British.
![]() |
| Masjid Teluk Raja Bayang |
Selesai mandi lebih kurang jam 1130 pagi, kami membersihkan diri di tandas awam yang baru. Uncle teksi telahpun bersedia untuk menghantar kami pulang ke jeti. Bot kami bertolak pulang tepat jam 1230 tengahari. Lega rasanya bila tiba dengan tenang di jeti Marina sebelum waktu zohor. Kami melawan arus manusia padat yang beratur macam sardin di pintu masuk ke Pangkor. Happy sangat bila dapat bawa anak-anak bercuti dari kesibukan walaupun cuma setengah hari perjalanan!
Perancangan asal kami untuk bawa sama Afiah tak kesampaian bila dimaklumkan jadual pulangnya terpaksa ditangguhkan pula minggu itu. In shaa Allah kita akan datang lagi dengan rombongan yang lebih besar nanti :)

No comments:
Post a Comment