Syukur dengan nikmat Allah yang tidak putus-putus dipinjamkan buat kita semua. Pagi ni ayah buat usrah selepas subuh. Menerangkan kepada kami tentang sepotong ayat al-Quran berhubung keindahan syurga bagi hamba-hamba Nya yang beriman dan beramal soleh. Kemudian ayah membacakan pula sepotong hadith tentang keutamaan berbuat baik kepada ibu, ibu, ibu dan bapa.
Maka mood pagi ni terbang ke Johor teringatkan tok mama. Terus rasa nak rakamkan perjalanan singkat kami di Cameron Highland kira-kira 3minggu lalu iaitu pada 21 Oktober 2017. Pagi itu tok baba ada jemputan di Taping. Ayah yang telah mengatur perjalanan untuk membawa Opah berjalan ke Cameron Hihgland sempena cuti pendek Deepavali.. akhirnya meriah perjalanan kami bersama-sama tok mama sekali!
![]() |
| Mak berkenan dengan sayur dan buah-buahan segar. Harga pun ok! |
![]() |
| strawberry+coklat.. mama pun suka! |
![]() |
| Anak-anak memang suka cendawan dan sayuran goreng terug di pasar Brinchang |
![]() |
| Kami mencuba makan tengahari di mall baru dalam bangunan Nova Hotel, tidak jauh dari pasar Brinchang. Hadramout. |
![]() |
| Opah dan cucu-cucu di Lavender Park. Tok Mama berehat di kereta ditemani ayah. |







No comments:
Post a Comment