Friday, November 10, 2017

Bachok 27 Oktober 2017








CAMERON HIGHLAND BERSAMA BONDA-BONDA KESAYANGAN



Syukur dengan nikmat Allah yang tidak putus-putus dipinjamkan buat kita semua. Pagi ni ayah buat usrah selepas subuh. Menerangkan kepada kami tentang sepotong ayat al-Quran berhubung keindahan syurga bagi hamba-hamba Nya yang beriman dan beramal soleh. Kemudian ayah membacakan pula sepotong hadith tentang keutamaan berbuat baik kepada ibu, ibu, ibu dan bapa.

Maka mood pagi ni terbang ke Johor teringatkan tok mama. Terus rasa nak rakamkan perjalanan singkat kami di Cameron Highland kira-kira 3minggu lalu iaitu pada  21 Oktober 2017. Pagi itu tok baba ada jemputan di Taping. Ayah yang telah mengatur perjalanan untuk membawa Opah berjalan ke Cameron Hihgland sempena cuti pendek Deepavali.. akhirnya meriah perjalanan kami bersama-sama tok mama sekali!


Mak berkenan dengan sayur dan buah-buahan segar. Harga pun ok!
strawberry+coklat.. mama pun suka!


Anak-anak memang suka cendawan dan sayuran goreng terug di pasar Brinchang


Kami mencuba makan tengahari di mall baru dalam bangunan Nova Hotel, tidak jauh dari pasar Brinchang. Hadramout.


Opah dan cucu-cucu di Lavender Park. Tok Mama berehat di kereta ditemani ayah.  


Ziarah dari Azli Sekeluarga 15 September 2017



Thursday, November 2, 2017

SETENGAH HARI BEREHAT DI PULAU PANGKOR

Rasanya tahun 2017 ni yang paling banyak kita berjalan. Ayah memang enjoy berjalan.. kenal tempat orang, hargai sejarah tempatan, dan rekod untuk rujukan peribadi. Ni mesti ayah suka bila mama dah mula aktif menulis perjalanan kita sekeluarga dalam blog rumahkita168 ni :)

Jeti Pangkor
Perjalanan kali ini memang pantas dan ringkas! Kami bertolak ke Lumut selepas sekolah anak-anak pada petang Jumaat 29 September, terus check-in hotel Marina Island di Teluk Muroh, Lumut.

Selepas melayan anak-anak di kolam renang, kami sempat berkejar ke kaunter ticket boat untuk bertanyakan jadual perjalanan boat menyeberangi ke Pulau Pangkor bagi persediaan perjalanan kami keesokan pagi. Rupanya operasi mereka bermula seawal jam 7 pagi  dan trip terakhir adalah jam 11 malam (dikenakan caj tambahan). Kami pendekken aktiviti pada malam itu supaya dapat bersiap awal untuk perjalanan kami esok!

Kami memilih untuk naik bot seawal 8 pagi. Mama menyiapkan sarapan ringkas setakat untuk melapik perut semasa perjalanan dalam bot. Sambil mengunyah roti, kami berdoa agar hujan yang turun pagi itu akan reda setibanya kami di Pulau Pangkor. Tak sempat mengelamun panjang, bot kami sudahpun berlabuh di jeti Pulau Pangkor sekitar jam 8.20 pagi. Memang betul jeti ini lebih hampir berbanding jeti utama yang juga sudah terlampau sesak dengan manusia.

Seronok rasanya bila memulakan perjalanan di awal pagi. Belum ramai pengunjung berada di jeti Pangkor. Ayah bersetuju mengambil sebuah van teksi untuk membawa kami pusing-pusing mengenali Pulau Pangkor. Uncle itu mebawa kami ke masjid terapung yang baru dibina, Batu Bersurat Pangkor, Kubu Kota Belanda, Masjid Teluk Raja Bayang, Muzium Mini Pulau Pangkor dan akhirnya tinggalkan kami di Pantai Teluk Nipah yang sememangnya terkenal untuk aktiviti pantai dan mandi-manda pada kira-kira jam 9.30 pagi. Kami sempat membeli roti canai dan kemudian menyewa bot kecil (RM60) untuk menyeberang ke Pulau Giam bagi mendapatkan lokasi berenang yang lebih tenang dengan pantai cantik yang lebih landai. WOWWW! Terlompat-lompat kami dibawa dek bot comel itu melawan Arus deras ombak yang tinggi.


Kubu Kota Belanda yang juga menjadi tempat simpanan bijih timah pada zaman penjajahan British.



Berhenti di Pantai Teluk Bogak yang bersih. Namun tidak digalakkan untuk bermandi-manda kerana masih tidak dilengkapi dengan kemudahan awam seperti tandas atau bilik persalinan selepas mandi.

 
Masjid Terapung tidak dapat dimasuki kerana dikunci pada bukan waktu solat.
Masjid Teluk Raja Bayang


Selesai mandi lebih kurang jam 1130 pagi, kami membersihkan diri di tandas awam yang baru. Uncle teksi telahpun bersedia untuk menghantar kami pulang ke jeti. Bot kami bertolak pulang tepat jam 1230 tengahari. Lega rasanya bila tiba dengan tenang di jeti Marina sebelum waktu zohor. Kami melawan arus manusia padat yang beratur macam sardin di pintu masuk ke Pangkor. Happy sangat bila dapat bawa anak-anak bercuti dari kesibukan walaupun cuma setengah hari perjalanan!

 


Perancangan asal kami untuk bawa sama Afiah tak kesampaian bila dimaklumkan jadual pulangnya terpaksa ditangguhkan pula minggu itu. In shaa Allah kita akan datang lagi dengan rombongan yang lebih besar nanti :)






Wednesday, November 1, 2017

Selamat Datang Anak-anak 2014!



Tahun 2014 ini melihatkan kehadiran ramai anak-anak buah kami yang baru. Tahniah buat Hadi dan Che' Pah yang melahirkan Wan Muhammad Sulaiman tepat pada cuti hari Maulidur Rasul, 14 Januari yang lalu.  Sama pula dengan Munaqqib yang lahir pada hari cuti maulidurrasul 4 tahun yang lalu. Sempat kami menziarahi mereka di hospital bersalin yang baru dibuka di Ipoh, Klinik Raufah.


Kelahiran seterusnya diikuti oleh Hanis Nisreena binti Nushi pada 21 Jun yang merupakan anak ke-5 mereka. Seronok tengok kemeriahan keluarga abang kami ni. Alhamdulillah!










Terbaru, anak sulung kapada adik kami Ahmad Najdan pula melahirkan Ahmad Zidan pada 24 Julai (26 Ramadhan 1435H).

 
Gambar dirakam pada usia Zidan mencecah 1 tahun. Gambar Kanan: Zidan dah sampai Ipoh!

In shaa Allah.. Kami akan menyambut pula kedatangan anak buah yang ke-16 dari Keluarga Hj. Mohamed Amin pada Oktober nanti, iaitu cahaya mata ke-3 buat Halim dan Maisarah yang kini sedang sarat membawa kandungan berusia 7 bulan.

Gambar keluarga bersama Wan Aqilah Sakeenah yang telah berusia 10 bulan.


Semoga anak-anak kita ini dibesarkan dengan acuan Islam yang akan kemudiannya berbakti untuk Islam semasa dewasa kelak. Sama-sama lah kita membentuk ummat Muhammad ini demi amanah Allah dan bekalan buat kita di akhirat dunia kekal abadi.