Friday, April 24, 2020

Gelandangan sewaktu PKP


YB Exco hadir ke Bilik Gerakan PDT Ipoh, 
mempengerusikan mesyuarat pertama untuk menubuhkan PPG

Mama dan team PDT Kinta dapat tugasan baru pada PKP hari ke-31 PKP iaitu 17.4.2020 (Jumaat). Buka Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) di Arena Badminton, Kompleks Sukan MBI. Mengubah routine mama.

Lawatan YAB MB Peja. Turut sama hadir ialah YB SS, PKN
dan Exco kebajikan, Dato' Dr. Wan Noor Ashikin.

Wednesday, April 15, 2020

Kenangan PKP 2020

Satu dunia masih terkejut dengan serangan wabak Covid-19 sehingga melumpuhkan majoriti negara dunia. Malaysia mengambil tindakan drastik melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac sehingga 28 April. Dah masuk 3 Fasa. Semua urusan selain "essential services" tidak dibenarkan beroperasi, kecuali secara maya. Hashtag #stayathome #socialdistancing #kitajagakita

SOTO JOHOR

Mama teringat Tok Mama dan Tok Baba harini. Lama dah tak jumpa sejak PKP. Rasanya jumpa kali terakhir masa balik Johor 5-7 Mac lalu. 

Apalagi.. mama terus cari resipi soto sebab terkenang antara menu all-time favourite tok baba-tok mama selaku anak asli orang Johor. Jadi mama kongsikan di sini resipi soto yang mudah untuk rujukan anak-anak mama akan datang.


Monday, April 13, 2020

PKP hari ke- 27

Banyak perkara baru kami lalui sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami seronok makan dalam talam. Hari ni MAMA ke tempat kerja seperti biasa. MAMA tinggalkan lauk Ayam Masak ala rendang kunyit. Telur dimasak sendiri oleh abangah. Kak Yong puasa hari ni.