Sunday, August 26, 2018

Masa untuk belajar melepaskan dunia, mengejar akhirat yang kekal abadi...

19 Ogos 2018, Putrajaya...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memanjangkan usiaku yang menjangkau 41 tahun. Mudah-mudahan umur yang berbaki ini dapat digunakan untuk memperbanyakkan amal soleh dan mendidik anak-anak menjadi hamba yang taat kepada perintah-Nya. Terima kasih kepada ibu bapaku, isteriku dan anak-anak yang banyak bersabar dengan kerenahku. Moga di usia yang semakin tua ini, diri ini menjadi semakin dekat dengan Tuhan dan semakin jauh dengan dunia yang akan ditinggalkan...

Wednesday, August 8, 2018

Sunday, April 1, 2018

KURSUS HAJI TAHUN 2017/2018







10 Disember 2017 - 1 April 2018. Sifat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi telah mengizinkan kami melalui pengalaman indah melalui Kursus Haji ini. Ilmu baru yang amat berharga. Kursus ini memerlukan komitmen yang padu selama 17 minggu berturut-turut. Kami berasa bertuah menjadi sebahagian daripada keluarga besar kumpulan di Masjid Jamek Kg. Melayu, Ipoh yang mencecah anggaran 300 orang pesertapada sesi kali ini. 

Alhamdulillah, hari ini merupakan sesi penutup dan ia disudahi dengan simulasi kembara Haji di sekitar kawasan masjid. Sudah tentu kami akan selalu merindui al-Fadhil Ustaz Bahari Yeop yang memang tegas di sebalik lawak santai nya, bersesuaian dengan kelas pengajian murid-murid dewasa ini. Semoga ilmu yang dicurahkannya akan dapat kami manfaatkan sebaiknya dan menjadi sebahagian daripada ilmu jariah yang tidak putus dilimpahi pahala buat beliau. 

Masjid diubah menjadi dataran Masjidil Haram hari ini.
Kaabah, maqam nabi Ibrahim dan Hijir Ismail.




Lambaian "Istislam" semasa melalui sudut hajarul aswad



Lelaki disunatkan berlari-lari anak pada 3 pusingan pertama semasa melepasi "Lampu Hijau" dalam ibadat sai'e


Kak Rozita dan Makcik Rodziah antara kenalan yang bersama sepanjang 17 minggu di sini.


Doa penutup di Bukit Marwah, urusan akhir disusuli dengan gunting rambut tahalul thani.



Seronok kami makan kenduri harini! Biasanya kami dijamu sarapan semasa waktu rehat.



Will be missing the routine. Kenangan di Masjid Jamek Kg. Melayu, Ipoh.

Sunday, February 4, 2018

CERITA AWAL TAHUN 2018...






Syukur ALHAMDULILLAH. Tahun 2018 bermula dengan kemasukan Abangah ke SABK Maahad al-Ummah di Tingkata 1 Muslim. Nampaknya berulang la kami ke asrama Afiah di Seri Iskandar dan Chepor setiap hujung minggu mulai tahun ni.