Tuesday, June 26, 2012

Selamat Hari Lahir Yang ke 8!

Kek untuk Kak Yong...

Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi Allah yang telah memanjangkan usia ayahanda dan bonda untuk menyambut Hari Lahir Anakanda Afiah yang ke-8. Moga anakanda akan menjadi anak yang solehah, mendoakan kebahagian mama dan ayah, dari dunia yang sementara kini hinggalah ke akhirat yang kekal abadi... 

 رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyejukkan mata melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa." (al-Furqan 25:74)


Tidak ada perkara yang lebih menyejukkan mata dan hati mama dan ayah selain daripada melihat anak-anaknya membesar dalam keadaan beribadah, mematuhi dan mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya... Buat Kak Yong, Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-8!
Kak Yong, Afwah & Abangah... tengah main masak-masak...


Afwah & Munaqqib yang sentiasa ceria @ Kedah Darul Aman...

No comments:

Post a Comment