Tuesday, June 26, 2012

Selamat Hari Lahir Yang ke 8!

Kek untuk Kak Yong...

Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi Allah yang telah memanjangkan usia ayahanda dan bonda untuk menyambut Hari Lahir Anakanda Afiah yang ke-8. Moga anakanda akan menjadi anak yang solehah, mendoakan kebahagian mama dan ayah, dari dunia yang sementara kini hinggalah ke akhirat yang kekal abadi... 

 رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyejukkan mata melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa." (al-Furqan 25:74)

Monday, June 18, 2012

Selamat Hari Ibu Bapa!

Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi Allah, yang telah memanjangkan usiaku, memberikanku udara untuk bernafas, untuk terus tunduk dan patuh, mengabdikan diri kepadaNya.

Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmatMu ke atas mereka berdua...