Tuesday, October 31, 2017

CUTI SEKOLAH 2014



Cuti persekolahan tahun 2014 akan tamat esok, setelah tambahan tempoh seminggu diberikan bagi memberi laluan pengurusan banjir di seluruh negara yang dilaporkan paling dahsyat sejak tahun 1967, dan melanda kebanyakan negeri termasuk Perak. Sessi persekolahan baru yg sepatutnya bermula pada 5 Januari 2015 terpaksa ditunda dan persekolahan hanya akan bermula pada 11 Januari ini. Kak yong yang telah lama menunggu tiba pembukaan sekolah menunjukkan rasa kecewanya.. tapi lain pula buat adik-adiknya :)

Cuti kali ini merupakan percutian yang paling meninggalkan kesan buat saya. Bukan sahaja ia dipenuhi dengan keraian perkahwinan saudara-mara pada SETIAP hujung minggu tanpa henti, malah perancangan percutian yang dijadualkan pada penghujung tahun pula tidak mendapat kelulusan boss kerana perlu bertugas membantu urusan penempatan banjir di Kampung Gajah! Sungguh.. REDHA bukanlah semudah ia diungkapkan. Tapi pasti ia menambah satu lagi episod kenangan yg sarat dengan pengajaran.

Apapun, nikmat Allah jangan pernah dinafikan. Kami masih sempat meraikan cuti anak-anak seawal hari pertama percutian. Bermula dengan sambutan kesyukuran ulangtahun tok mama di D'Tasik, UNITEN Bangi, perantauan kami kali ini juga sempat mengatur lawatan geng sesupu mereka ke Karnival Upin-Ipin di PICC Putrajaya serta menghadiri 2 kenduri aqiqah sahabat2 di shah Alam. Kami memeriahkan ziarah KL kali ini dengan pengalaman baru buat anak-anak di alam fantasi pekerjaan di Kidzania!

Minggu-minggu seterusnya menyaksikan majlis-majlis pernikahan dan kenduri menyambut menantu buat Zaidi Wan Yang (6-7 Disember), Hafiz Mak Tak  (13 & 21 Disember) dan kenduri sulung Pakcik Din pada 20 & 27 Disember. Semoga mereka semua mendapat kebahagiaan berumahtangga hingga ke syurga..

Cuti sekolah ini juga melakar sesuatu pengalaman baru buat Kak Yong yang sempat menemani orang tua saya menziarahi saudara-mara di Indonesia. Saya amat bersyukur kerana mendapat "laporan" menyenangkan dari Tok Baba dan Tok Mama yang tidak putus-putus memujinya kerana tekun melayan tok-nenek yang telah berusia itu sepanjang ziarah mereka di sana.

Alhamdulillah, keseronokan anak-anak ternyata tidak dapat disorok lagi dengan kehadiran sepupu-sepapat yang hadir jenguk kami di Botani ini.. Malah, tetamu jauh yang tidak dijangka juga tiba! Si kecil Fathurrazziq anak kepada Siti (bekas pengasuh anak2) sempat bersama kami pada 14 sehingga 26 Disember. Mereka pulang bersama Aan, adik kami yg kebetulah berjalan-jalan membawa anak mereka Tina, Quddus dan Seri menghabiskan cuti sekolah di Ipoh. Sesungguhnya nikmat Allah itu amatlah banyak.. sehingga kita bertemu lagi di hujung tahun 2015 nanti. Selamat menempuh alam persekolahan buat semua anak-anak mama!!!