Subhanallaah
Alhamdulillaah
Allahu Akbar
TERIMA KASIH Allah atas kasih sayang Mu yang sentiasa Dikau hadirkan melalui insan-insan kesayangan sekelilingku..
... NIKMAT Kesihatan & Umur panjang yg Dikau rahmati buat kedua-dua IBUBAPA dan MERTUA sehingga masih mampu aku terus bermanja, memohon doa dan merujuk banyak hal kepada mereka
... NIKMAT Kecerdasan dan kelincahan ANAK-ANAK sehingga mampu menceriakan hatiku sepanjang hari dan mengubat keletihan tiap kali aku disambut pulang berkerja dgn penuh keriangan
... NIKMAT Kasih sayang dan kefahaman ADIK-BERADIK, IPAR-DUAI, SAUDARA-MARA, SAHABAT-HANDAI yang tidak jemu2 menyokong membantu aku pada setiap ruang ujian yang sesekali menjengah hidup ku
... NIKMAT Rezeki berterusan (moga diiringi keberkatan) yang Dikau sediakan untuk kami raikan nikmat dunia sebagai motivasi jiwa manusia biasa ku yg masih mahukan "hiburan" selepas sedikit usaha dan masa yang aku luangkan untuk masyarakat dan negara
... NIKMAT Kebahagiaan sebagai isteri kepada SUAMI tercinta, pemimpinku yg budiman.
ALHAMDULILLAH. Terima kasih atas Rahmat sifat Ar-Rahman Ar-Rahim Mu.
Ya Allah.. "Nikmat Tuhanmu yg mana lagi kah yang Kanu dustakan??" (al-Quran: surah ar-Rahman) I shouldn't ask for more! Moga saya lebih sabar dan cuba belajar kurangkan tabiat mengeluh itu dan inilah azam HariJadi Ku tahun 2015! :))
TERIMA KASIH KALIAN..
