Sunday, June 28, 2020

SELESAI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR SARJANA UNDANG-UNDANG UKM


Salinan kulit tebal dibuat secara tergesa-gesa. Nasib baik ASA Solutions dapat buat degan cepat dan kemas!

Saturday, June 6, 2020

PENUTUPAN PUSAT GELANDANGAN PERAK


Semalam mama dijemput bersama-sama menghadiri Majlis Penutupan Pusat Gelandangan yang dah jadi rumah ke-2 mama sejak pembukaannya pada 18 April sehingga mendapat arahan bertukar ke PKNPk pada 4 Mei 2020. Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat adalah VIP yang hadir merasmikan penutupan tersebut.

Perasaan gembira bercampur-aduk bila dilaporkan bahawa kesemua 89orang penghuni PPG telah selamat ditempatkan mengikut kesesuaian latarbelakang dan kelayakan/ kemampuan masing-masing. Sekitar 10-15 orang telah diterima berkerja. Sebahagian kerja di kedai mencuci kereta, kebun dan industrie ringan. 30orang yang tidak berupaya lagi untuk berkerja diambil ke Rumah Seri Kenangan JKM, 20 dihantar kepada rumah-rumah kebajikan kelolaan NGO, 20 orang telah pulang ke pangkuan keluarga dan hanya baki 3 orang yang tidak dapat dikenalpasti identiti dan telah diterima untuk ditempatkan bersama PPG Taiping.

Mahfuz, Haji Hariri dan Amirul kebetulan bertugas pada hari-hari terakhir saya di PPG
Seronok dapat jumpa team PPG; dari geng ofis lama PDT Ipoh, team Puan Mai dan Puan Shikin dari JKM, team En. Amin dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), team En. Mukhriz Pej Kesihatan Daerah Kinta, team Pn. Rasidamayanti Bomba, En.Azman AADK dan semua yang dah madam keluarga menguruskan gelandangan di PPG tersebut. Boss Mama Puan Halizah Pegawai Daerah Kinta adalah contoh ketua yang baik dan berpengalaman. Suka cara beliau mengurus Jabatan; cool dan berhemah tetapi berkesan.

Mama tak tangkap gambar pun.  Mama tulis semua nama mereka yang bersama-sama dalam team PPG ni sebagai sebahagian kenangan yang indah dan penting semasa negara dilanda ujian covid19 pada tahun 2020.


Friday, May 1, 2020

NASI TOMATO MAMA

Dalam kesibukan mama kerja musim PKP, terlintas nak buat menu ringkas. Maka buatlah nasi tomato; Nasi - Ayam Masak Merah - Jelatah salad - Papadom. Walaaaa!!!

Rupanya anak-anak mama gemar nasi tomato. Senang cerita. Lauk pun mudah. Makan pun bertambah-tambah! 




Friday, April 24, 2020

Gelandangan sewaktu PKP


YB Exco hadir ke Bilik Gerakan PDT Ipoh, 
mempengerusikan mesyuarat pertama untuk menubuhkan PPG

Mama dan team PDT Kinta dapat tugasan baru pada PKP hari ke-31 PKP iaitu 17.4.2020 (Jumaat). Buka Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) di Arena Badminton, Kompleks Sukan MBI. Mengubah routine mama.

Lawatan YAB MB Peja. Turut sama hadir ialah YB SS, PKN
dan Exco kebajikan, Dato' Dr. Wan Noor Ashikin.

Wednesday, April 15, 2020

Kenangan PKP 2020

Satu dunia masih terkejut dengan serangan wabak Covid-19 sehingga melumpuhkan majoriti negara dunia. Malaysia mengambil tindakan drastik melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac sehingga 28 April. Dah masuk 3 Fasa. Semua urusan selain "essential services" tidak dibenarkan beroperasi, kecuali secara maya. Hashtag #stayathome #socialdistancing #kitajagakita

SOTO JOHOR

Mama teringat Tok Mama dan Tok Baba harini. Lama dah tak jumpa sejak PKP. Rasanya jumpa kali terakhir masa balik Johor 5-7 Mac lalu. 

Apalagi.. mama terus cari resipi soto sebab terkenang antara menu all-time favourite tok baba-tok mama selaku anak asli orang Johor. Jadi mama kongsikan di sini resipi soto yang mudah untuk rujukan anak-anak mama akan datang.


Monday, April 13, 2020

PKP hari ke- 27

Banyak perkara baru kami lalui sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami seronok makan dalam talam. Hari ni MAMA ke tempat kerja seperti biasa. MAMA tinggalkan lauk Ayam Masak ala rendang kunyit. Telur dimasak sendiri oleh abangah. Kak Yong puasa hari ni.